Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Syazwan Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

♥ my hero ♥

♥ my hero ♥

Tuesday, March 31, 2015

Rutin seorang guru KL.. kesian anak suami...

Salam 1 Malaysia,

Lama tidak update blog ja nie, lama pun esok dah masuk 1 April 2015. Dunia GST pun dah bermula....

Luahan hati yang tidak tahu kemana nak sampai... sini juga ditulis... sejak kerja di bandaraya Kuala Lumpur ini, banyak perubahan yang berlaku.... permulaan 2015 sudah pun berlaku semalam dan hari ini...

Minggu persekolahan minggu ini, penuh dengan aktiviti keluar rumah jam 5.30 pagi... dari 7.30 pagi hingga 2.30 rutin biasa seorang guru... tetapi aktiviti selepas sekolah pun tidak kurang hebatnya.... meeting, latihan rumah sukan, mesyuarat lahhhh semua dijalankan selepas sekolah....

Ini pula ambil masa hingga lewat petang jam 5.00 petang.... dalam perjalanan pulang ada kisahnya pula, bersesak dengan orang ofis yang pulang... semalam dan hari ini cecah jam 7.00 malam jejak kaki dirumah...

Sampai di rumah melihat anak yang lama ditinggalkan hanya sekejap masa bersama dengannya... hanya sempat mandikan, beri makan sahaja yang sempat... badan pun penat, mata pun tak larat nak buka... kadang- kadang tidur awal untuk cari tenaga esok pula tapi tinggal laaa anak dengan ayahnya lagi....

Betul kata ustaz disekolah semasa sesi tazkirah dengan budak-budak.... cikgu lebih banyak luangkan masa dengan pelajarnya berbanding anak sendiri di rumah..

Bilakah ini akan berakhir? Impian dari dulu untuk mengajar berdekatan dengan rumah akan tercapaikah? Berapa kali e-tukar perlu diisi lagi???

Dan rutin ini akan bermula lagi esok pagi....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails