Salam semua bloggers,
apa itu GAO??? Gastro-esophageal Reflux (GOR)
GOR pada bayi adalah keadaan di mana otot sphinter pada salauran makanan (esophagus) dan perut masih tidak cukup kuat lagi. Keadaan ini menyebabkan sebahagian susu akan keluar semula (reflux) selepas beberapa minit bayi tersebut menysusu. Keadaan ini lebih kerap terjadi pada bayi yang lahir pra matang.
blog rujukan -- > SINI
yea... syazwan masa dia dah 14hari dia dah alami simptom nie... minum susu jer mesti muntah balik....yang menakutkan ja dia muntah sampai keluar hidung.. dah laaa syazwan nie kuat minum susu... mula-mula susu formula jer... lama-lama minum susu badan pun sama jugak....
masa tuu ja dalam pantang, ja dengan mak ja memang takut kalau beri syazwan minum susu...jenuh ja cari info dalam internet cara-cara untuk hindari simptom nie....cara yang berkesan ialah setiap kali kita minum kan susu kepala haruslah ditinggikan daripada kakinya, selepas tuu mesti beri bayi kita 'burp' / sendawa. syazwan kena guna 3 kaedah mula-mula duduk kan dia, tangan kita pegang mulut dan leher dia tangan satu lagi tepuk-tepuk belakang dia...cara kedua ja letakkan posisi syazwan dibahu ja sambil tepuk-tepuk belakang dia dan kalau tak 'burp' lagi ja letakan syazwan di peha ja dengan kepit kaki dia.. muka dia hala kebawah dan ja tepu-tepuk sambil urut-urut di belakang dia....
dan lepas dah 'burp' dia jangan terus letak kan bayi kita baring, tegak kan badan dia dahulu untuk kurangkan kesan graviti keluar susu lagi...
itulah yang berlaku pada syazwan... memang menakutkan kalau pikir-pikir balik... Alhamdulillah kini syazwan dah pun 2 bulan dah tak de dah dia muntah macam mula-mula dulu.... ja harap dapat memberi info pada ibu-ibu muda disana... senang hehe.. macam ja jenuh nak cari info masa kena dulu :)
